Kata Kata Hikmah

Kata-Kata Hikmah dan Pujangga untuk dijadikan panduan bersama

Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu kerana hendak menandingi ulama dan bermegah kepada orang bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dalam neraka... Naudzubillah..

Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja, semakin dibakar oleh keadaan, semakin dititik oleh cabaran hidup, semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera.

Kemuncak segala dosa ialah berbohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.

 
Arabic Quotes with English Translation

الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك

Time is like a sword. If you do not cut it, it will cut you.


 وَجُرْحُ اللسان كَجُرْحِ اليد

Literal meaning: the scar of the tongue is like the scar of the hand



كل رأس به صُداع

Literal meaning: every head has a headache.