Friday, July 23, 2010

Kata Kata Hikmah

Sempena Ramadhan yang akan menjelma dalam masa dua (2) minggu lagi, disertakan kata-kata daripada Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa, seorang Profesor Syariah di Universiti Islam Malaysia(UIAM)

"Jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu"

Wednesday, July 21, 2010

My Awards and Achievement

1. Tilawah Al-Quran TM kali 33 (2009)


Dengan ihsan daripada Allah SWT, saya terpilih sebagai johan Tilawah Al-Quran TM kali ke 33 di Melaka. Rezeki ini amat saya syukuri kerana hadiahnya berupa ibadah mengerjakan Umrah. Dengan Izin-Nya saya dapat mengerjakan umrah 10 hari terakhir Ramadhan di Haramain, Mekah dan Madinah.




2. Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51 (2008)


Pada sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 51 ini, aku telah terpilih menjadi sekretariat bagi menguruskan seramai 300 orang peserta sambutan. Telekom Malaysia (TM) mengetuai empat(4) buah Syarikat iaitu Sime Darby, Perodua, IOI (Industri Hotel) dan Scali (Industri ICT). Latihan bersama diadakan sebanyak 10 kali dan latihan raptai dibuat sebanyak empat(4) kali. Kontinjen kami telah menjuarai sambutan ini. Ia merupakan kejayaan yang sangat membanggakan kerana lebih daripada 100 buah kontinjen telah bertanding dan alhamdulilah, kami memenanginya.


Tuesday, July 20, 2010

Haji 1430Hijrah



Tak pernah tersangka pada tanggal 30 Oktober 2009, panggilan daripada Tabung Haji Kota Tinggi " Assalamualaikum, saya pegawai Tabung Haji Kota Tinggi, Encik Syuhaili terpilih dalam kuota untuk mengerjakan haji tahun ini, Encik nak pergi?". Setelah sekian lama mengharap, impian dan doa telah didengari Yang Maha Esa, saya terus menjawab " Saya nak pergi Encik". Tarikh diberikan 20 November 2009, ada masa 19 hari untuk bersiap-sedia. Masa yang rasional dan segala persiapan disediakan. Berikut serba sedikit kisah dan gambar yang boleh dikongsi bersama.

20 Nov 2009 (Jumaat)
Bertolak dari KLIA jam 11.15 am tiba di Jeddah International Airport jam 3pm kemudian bertolak ke Mekah jam 9 pm (menunggu bas lebih kurang 6 jam)

21 Nov 2009 (Sabtu)
Sampai di Hotel Sevilla jam 1 pagi· Tawaf Qudum dan Saie Haji (Ifrad) ·

Berjumpa rakan seperjuangan Shahir & Cikgu Hashim di Bab An-Nadwah.

Jalan-jalan & breakfast kat misfalah , pekena nasi beriani Pakistan.

22 - 24 Nov 2009 (Ahad -Selasa)
Menjalankan ibadah rutin sebelum melaksanakan rukun dan wajib haji pada 8 Zulhijjah · Bersama-sama rakan : Shahir, Cikgu Hashim, Ust kasim, Cikgu Sahlan & Ust Khalid

8 Zulhijjah - 25 Nov 2009 (Rabu) - Perjalanan ke Mina, Muzdalifah & Arafah
6.30 am Sarapan di D’Saji

7.30 am Balik dan berkemas di bilik

8.00 am Bertolak memulakan perjalanan

8.30 am Dapat van (shahir dok kt atas van SR10, kt dlm van SR30)

9.00 am Sampai di sempadan Mina (destinasi terakhir kenderaan boleh lalu), turun dan mulakan jalan kaki utk jarak +- 6 km

10.00 -11.00 am Sampai di Mina. Survey kawasan khemah, tak jumpa terus ke Masjid Mina
12.00 tgh Cikgu Hashim dapat solat jamak takdim zohor, asar di Masjid Mina. Kami tak dapat solat sebab Masjid Mina penuh.

1.00 – 2.00 pm Meredah hujan paling lebat turun dlm tempoh 5 tahun utk cari khemah dgn bantuan Shahir

2.30 pm Hampir 1 jam baru dpt jumpa Khemah 74 n rehat di situ. Bila masuk khemah, guard tnya 2.3 kali sebab ingat saya 'Made in China" ;-)….

Berkenalan dgn keluarga Abg Fadzli, rakyat M’sia yg kerja di Riyadh (anak sulung Amirul Hafiz n isteri Kak Husna – bekas anggtoa TM) Juga Pak Cik Tan dari Padang Besar yg mufarokah dr Muasasah T.Haji.

Solat maghrib di Maktab 100 dan cuba beli nasi tapi gagal sebab berebut mcm nak kucup hajar aswad. Beli pisang, roti, biskut

Sampai Maktab 74, ada jugak rezeki nasi yg dibeli oleh Abg Fadzli, apa lagi join le mkn nasi. Menu ditambah dgn maggi, serunding n kurma

9.30 mlm Lepas solat qasar Isyak, semua org dah keletihan n tidur

9 Zulhijjah 26 Nov 2009 (Khamis) - Menuju Arafah

4.00 am Bersiap

5.00 am Solat Subuh dan sarapan seadanya baki makanan mlm (maggi, kurma, roti)

7.00 am Keluar dari Maktab 74 utk berjalan kaki menuju Arafah bersama keluarga Abg Fadzli, Pak Cik Tan keluar dulu bersama isterinya Berjuta-juta manusia turut sama ke Arafah bagi menghayati sunnah Rasullulah (juga ada yg naik kenderaan).

Paling terharu bila tengok anak2 yg menolak kerusi roda ayah/ibu mereka menghala ke Arafah Berhenti rehat dan berkelah beberapa kali minum teh, makan limau, epal, pear, coklat etc (perjalanan +- 11km)

11.00 am Sampai di sempadan Arafah Masjid Namerah tp tak boleh masuk… sesak

Keluar semula ke depan sikit dr Masjid Namerah n lepak di situ makan tengahari (nasi lauk kari kambing n nasi mandi nyam….nyam….sedap)

(Bhg imam masjid Namerah terletak di luar Arafah)

Abg Fadzli kehilangan kameranya sewaktu membantu insan2 lain isi air

Khutbah Arafah dari jam 12.08 - +- 2.00 petang di Masjid Namerah

2.00 ptg Solat zohor n asar jamak takdim diimamkan oleh ust kassim

Berjalan kaki menuju ke kawasan Maktab perkhemahan di Arafah

2.30 pm Masuk ke Arafah dan cari tempat utk zikir,doa n solat, dpt tempat di tepi bas

4.00 pm Cuba ke Jabal Rahmah tapi Cikgu Hashim je berjaya. Kami gagal dan berundur kembali ke tempat bas tadi. Hp Ust Kasim terjatuh dlm kesesakan itu. Pemandu bas pelawa naik bas dia dgn bayaran SR 30 tp dok dibhg atas

6.00 pm Naik bas lepas waktu maghrib menuju Muzdalifah

8.00 pm Smp di Muzdalifah cari tempat utk rehat, solat, mengutip batu n mabit

Mencari tandas yg agak jauh n mencabar, Saya tercicir tali pinggang dlm tandas yang ada SR500….. dugaan… Beli makan malam dgn Mak Itam…(warga Afrika), kentang goreng, daging goreng, roti, semua tak selera dah sebab letih bjln kaki n sehari suntuk.

Solat jamak takhir maghrib n isyak.

Mengutip anak2 batu sebesar kacang kuda…. (70 biji + tambahan 10-15 biji)

11 mlm Tidur

10 Zulhijjah 27 Nov 2009 (Jumaat) Hari Raya Aidil Adha

4 am Bersiap-siap dan sambung mengutip batu lagi bagi yang x cukup. Batu cikgu Hashim diambil orang… Saya dan Shahir tolong carikan batu lagi sekali… Solat subuh sarapan seadanya baki makan mlm td….

7.00 am Tunggu waktu dhuha masuk baru mulakan jalan kaki ke Mina utk melontar (pjlnan +-3km)

8.00 pagi Lalu perkhemahan warga Afrika

8.30 pagi Sampai di Mina terus ke Maktab 100 (saya singgah khemah 74 hantar barang)

9.30 pagi Melontar jamrah aqabah, masa on d way agak sesak tp kat masa kat jamrah, alhamdulilah, selesa dan tak sesak utk menyelesaikan 7 kali lontaran di tkt 2

10.30 am Selesai melontar, cari kenderaan utk ke Mekah(SR50), jln jem jam 1.30 ptg baru sampai. Cari nasi, sekali lagi berebut nak dptkan nasi dgn pak2 arab n Pakistan… happening sungguh…. Lunch… Lepas solat jamak takhir zohor n asar, hantar baju ke dobi dan teman ustaz kasim g beli hp baru di Hilton. Beli vit. C, cikgu hashim demam Perancangan utk tawaf haji ditangguhkan.

8.00 mlm Lepas solat maghrib n isyak jamak takdim di Masj. Haram, balik ke bilik n bertolak semula naik van (SR30) ke Mina utk Mabit

9.30 mlm Sampai di Mina, minum the n makan biskut jap kat Pekan Mina then terus balik Maktab 100 jln kaki…

12 tgh mlm Tidur

11 Zulhijjah 28 Nov 2009 (Sabtu - Hari Tasyrik 1)

Solat subuh diimamkan oleh Syeikh Abd Rahman dari Mesir yg pernah jadi imam di masjid terapung Terengganu.

Masa sarapan kat tepi pagar khemah, jemaah Filipina ajak bergambar , glamer rasanye…hehe… Dlm Maktab ada 10 jemaah Indonesia daripada PT Pos yang bertugas (antaranya Pak Mutabi) dan jemaah China

Solat jamak qasar zohor n asar

Melontar 3 jamrah di tkt 3

12 Zulhijjah 29 Nov 2009 (Ahad - Hari Tasyrik 2)

Solat jamak qasar zohor n asar. Lepas zohor melontar 3 jamrah di tkt 5, Jemaah Indonesia dan China pulang buat nafar awal

13 Zulhijjah 30 Nov 2009 (Isnin - Hari Tasyrik 3)
Solat Subuh Bertemu dan berbual dgn Ustaz Abdul Rahman pelajar Kemboja di Universiti Riyadh yg membawa jemaah haji Kemboja

Solat jamak qasar zohor n asar Melontar 3 jamrah

2.00 ptg Pulang ke Mekah Jalan jem 5.30 ptg

Sampai Mekah Solat Maghrib di Surau di tepi bilik

Tawaf Haji, alhamdulilah selesai rukun2 haji

1 Disember 2009 (Selasa)

Buat Umrah Haji, miqat di Tan’iem

Makan malam lauk Melayu di rumah Ustaz Mukhlis (kawan ust. Khalid)

2 - 10 Disember 2009

Menjalankan ibadah umrah dan ibadah rutin sebelum menziarahi Rasullullah

11 Disember 2009

Perjalanan ke Madinah menziarahi Rasulullah SAW yang tercinta

12 - 19 Disember 2009

Ziarah tempat2 bersejarah di Madinah spt Masjid Quba, Qiblatain, Masjid 7, Jabal Uhud, Perquburan Syahid Uhud

20 Disember 2009

Ke Jeddah dan pulang ke tanahair


======================================================================
Pemandangan di hadapan Masjid Nabawi, Madinah












Aktiviti Cuti 17-18 July 2010

tunjuk terror
Assalamualaikum...


Sedikit diari untuk dikongsi bersama cuti dua hari barui-baru ni. Pertama kali mengemaskini blog :-). 17 Julai 2010 Selepas menyiapkan assignment 1, subjek MIS untuk topik 'Introduction', bergegas menghadiri jemputan makan durian bersama adik-adik yang disayangi iaitu Lis dan Wan. Jemputan datang daripada rakan sepejabat untuk makan durian di Kampung beliau di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Encik Zulfizal, terima kasih kerana menjemput. Durian kampung yang dihidangkan memang sedap, pohonnya berusia 100 tahun lebih....




Alhamdulilah, makan tengahari dihidangkan dengan masakan tradisi Negeri Sembilan, sambal tempoyak daun kayu dan terung goreng. Walaupun ibu bapa Encik Zulfizal dah berusia 90 dan 70 tahun, mereka berdua masih dikategorikan sihat. Cuma sakit kaki dan lutut, malah masih boleh menunggang motorsikal, nikmat kurniaan Allah kepada mereka... ;-).





Kebetulan pula, pada hari yang sama ada Sukan Persukuan Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti. Kami singgah menyaksikan keindahan senibina minangkabau dan persembahan dari Luak-Luak yang ada di Negeri Sembilan seperti Luak Gunung Pasir, Luak Ulu Muar dan lain-lain yang ada sembilan (9) semuanya. Ada kelainan dan keunikan tersendiri dengan adat minangkabau yang bersendikan agama ini.




18 Julai 2010 Menghadiri jemputan perkahwinan anak saudara. Alhamdulilah, jodoh beliau lebih awal daripada bapa saudaranya. Kami beramai-ramai ke Kampung Ujung Pandang, Kuala Selangor. Kuala Selangor terkenal dengan hasil lautnya. Tiada hidangan nasi minyak tapi nasi putih dan masakan laut. Istimewanya, hidangan pengantin ada menu remis masak kari dan sambal kerang. Ini kali pertama saya merasai masakan untuk remis. Semoga Marinie dan Rashidi berbahagia hingga ke alam akhirat bersama.