Tuesday, July 20, 2010

Aktiviti Cuti 17-18 July 2010

tunjuk terror
Assalamualaikum...


Sedikit diari untuk dikongsi bersama cuti dua hari barui-baru ni. Pertama kali mengemaskini blog :-). 17 Julai 2010 Selepas menyiapkan assignment 1, subjek MIS untuk topik 'Introduction', bergegas menghadiri jemputan makan durian bersama adik-adik yang disayangi iaitu Lis dan Wan. Jemputan datang daripada rakan sepejabat untuk makan durian di Kampung beliau di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Encik Zulfizal, terima kasih kerana menjemput. Durian kampung yang dihidangkan memang sedap, pohonnya berusia 100 tahun lebih....




Alhamdulilah, makan tengahari dihidangkan dengan masakan tradisi Negeri Sembilan, sambal tempoyak daun kayu dan terung goreng. Walaupun ibu bapa Encik Zulfizal dah berusia 90 dan 70 tahun, mereka berdua masih dikategorikan sihat. Cuma sakit kaki dan lutut, malah masih boleh menunggang motorsikal, nikmat kurniaan Allah kepada mereka... ;-).





Kebetulan pula, pada hari yang sama ada Sukan Persukuan Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti. Kami singgah menyaksikan keindahan senibina minangkabau dan persembahan dari Luak-Luak yang ada di Negeri Sembilan seperti Luak Gunung Pasir, Luak Ulu Muar dan lain-lain yang ada sembilan (9) semuanya. Ada kelainan dan keunikan tersendiri dengan adat minangkabau yang bersendikan agama ini.




18 Julai 2010 Menghadiri jemputan perkahwinan anak saudara. Alhamdulilah, jodoh beliau lebih awal daripada bapa saudaranya. Kami beramai-ramai ke Kampung Ujung Pandang, Kuala Selangor. Kuala Selangor terkenal dengan hasil lautnya. Tiada hidangan nasi minyak tapi nasi putih dan masakan laut. Istimewanya, hidangan pengantin ada menu remis masak kari dan sambal kerang. Ini kali pertama saya merasai masakan untuk remis. Semoga Marinie dan Rashidi berbahagia hingga ke alam akhirat bersama.














No comments:

Post a Comment