Friday, September 3, 2010

My Interest

Bidang yang dicintai (Tarannum Al-Quran)
Pada kali ini, saya nak berkongsi tentang lagu-lagu yang ada untuk mencantikkan bacaan Al-Quran iaitu:
1. Lagu Bayati
1.1 Bayati Husaini
1.2 Bayati Kurdi
1.3 Bayati Iraqi
2. Lagu Hijaz
3. Lagu Nahawand
4. Lagu Soba
5. Lagu Rast
6. Lagu Jiharkah
7. Lagu Sikah
Sejak tahun 2008, saya mempelajari seni bacaan Al-Quran ini semula secara intensif. Pada waktu kanak-kanak dan remaja, pernah juga mempelajari seni ini tapi kemudian berhenti agak lama kerana kesibukan dan tak pandai mengurus masa kut.....
Buat masa ini saya belum mahir, masih amatur, pernah belajar setiap lagu tapi belum boleh mengaplikasikannya lagi :-(

Disertakan gambar-gambar Kelas Tarannum bersama muallim kami, Ustaz Fajuri Mamat. Beliau merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan berpengalaman luas dalam bidang tarannum Al-Quran. Beliau merupakan anggota Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Unit Kebajikan dan Agama.
Kelas ini adalah anjuran Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Kuala Lumpur (BAKIT KL) dan saya sebagai koordinatornya (merangkap Ketua Kelas hehe...)
Ustaz Fajuri
Pelajar Muslimah

Pelajar Muslimin


Bagi menceriakan kelas, diadakan Perujian dan Peperiksaan (Imtihan) untuk pelajar-pelajar.



Setiap peserta diberikan 'Negara' untuk diwakili. Nampaknya pada perujian kali pertama ini, Qari dan Qariah Malaysia telah memenangi setiap kategori.

Diharap semua pelajar yang mengikuti kelas Taranum ini terus bersemangat mengikutinya bagi tujuan mengimarahkan semangat Al-Quran. Sebagai koordinator kelas, saya turut berbangga dengan peningkatan setiap pelajar.

Wednesday, August 25, 2010

Nanggroe Acheh Darus Salam 2008



Salah satu Kubur yang menyaksikan 100,000 warga Aceh terkorban dalam Tsunami
Amaran Tsunami dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Aceh

Catatan Perjalanan Acheh (Nukilan seorang teman yang turut sama dalam Lawatan ini)

Hari Jumaat, pesawat Air Asia pun mencecah bumi Nanggroe Acheh Darussalam di Bandara Sultan Iskandar Muda. Urusan Imigresen dan begasi semakin lambat, maklum Bandara ini baru pulih dari badai Tsunami, segalanya manual.

“Bapak Hidayat tengah solat Jumaat” begitu ungkapan Mbak Nadirah setelah menunggu agak lama kedatangan pengiring dari PKPU itu. Perlahan kami beranjak dengan bis sejuk selesa ke Bandar Acheh melalui jalan sederhana kecil menuju rumah makan. Perjalan santai itu diselang seli penerangan Mbak Nadirah menceritakan pemandangan dan monumen di sepanjang jalan. Pada jam 2.30 ptg, kami yang sedia lapar menyantap ayam tangkap, dendeng, ikan bakar, udang jeruk dan sambal uduk. Enak sekali dengan sarbat manis avocado, air jeruk, air kelapa dan jus buah-buahan. Sementelahan pula di Indonesia ini sedang musim kemarau.

Seusai makan kami berangkat pula ke destinasi pertama yaitu di Masjid Baitur Rahim dipinggir bandar Acheh. Salah satu mesjid yang tidak musnah dibencanai tsunami, berdiri tegap kokoh walau diterjang badai. Aku bersimpuh sujud berserah diri, larut dalam doa dan syukur. Memohon padaNya, memurnikan niat agar rombongan ini membulat tekad menebar kebaikan, menabur menafaat. Amiin.
Kapal besar tersadai di daratan
Lokasi seterusnya adalah melawat kapal besar yang terdampar di daratan. Sukar untuk aku percaya pada mulanya, kerana sepertinya kapal itu sedang berlabuh dipinggir dermaga. Apabila didekati, nyata kapal sebesar 3 tingkat bangunan sepanjang 50 meter panjang berdiri didaratan sejauh 3km di sebuah perkampungan. Bagaimana ini boleh terjadi? Sukar untuk dibayangankan kapal super berat membawa generator itu tewas lantaran dihempas ombak tsunami.

Aduhai Tuhan, Engkau cuma mengarahkan 3 laskar tenteraMu, gempa, angin dan air. Namun sekali arahanMu, seisi Acheh jadi berantakan punah ranah diterjang ombak. Kini hanya tinggal puing berserakan.

Sore itu kami berangkat lagi meninggalkan Bandar Acheh menuju Lhoksemawe. Perjalanan mengambil masa 5 – 6 jam. Masing-masing rakan serombongan mula tidur pulas, capek setelah seharian berjalan. Sesekali kedengaran suara perlahan berbasa-basi sekadar melayan mata terlelapkan. Hari beranjak senja. Dikiri kanan jalan ada pemandangan jelita sawah padi menghijau, kampung halaman, dusun dan denai. Siang perlahan melabuhkan tirainya menjemput malam.

Bis meluncur laju menuju Lhoksemawe. Wahai, betapa jauhnya perjalanan yang harus ku tempuh ini. Menembus kegelapan, merentas padang, gunung dan lembah. Menyibak tirai langit tertutup kabut. Wahai beburung, menyanyilah mengiringi perjalanan ini, tinggalkan sementara catatan Acheh yang renta penuh luka… Hati bertambah sayu, teringat orang yang ditinggalkan jauh diseberang lautan. Alis mata pun berlabuh perlahan, tidur digeluti kedinginan malam.

Hampir jam 12 malam kami dikejutkan, “kita sudah sampai”, beritahu sang supir. Dalam langkah longlai kami menuruni mobil, mengambil begasi. Menghampiri Al Raudhah kami disambut senyuman manis penjaga dan pengasuh, salam berbalas, dakapan hangat, menjemput kami masuk.

Tiada anak-anak santri yang menyambut kami, maklum mereka semua sudah tidur. Kami dihidangkan teh-O panas, kerepok malinja dan sapaan mesra pengasuh dan penjaga Al Raudhah. Kemudian kami bert’aruf seadanya, maklum hari telah larut. Setelah membersihkan diri kami ke kamar tidur.

… ah, mata ini masih belum terpejamkan. Terlintas lagi catatan pada dinding kamar tamu tatkala kami masuk, “ Selamat Datang, Tetamu Sopan, Kami Segan”; Lagi di ruang makan “ Kami malu kalau ruang ini berantakan”, dan di kamar tidur didepan mata ku, “Tiada Hari tanpa Tilawah Al Qur’an”. Sungguh menyentuh lubuk hati. Sapaan mesra penuh makna, kiasan bahasa menyentuh jiwa dan nasihat lembut menggelombang rasa, dibawa angin menyampai pesan, Al Qur’an adalah cahaya petunjuk, penglipur lara, pengusir derita…

Subuh itu kami dikejutkan suara riuh anak-anak sedang mandi dan bersiap bermukena, sabar menanti azan subuh. Dari jarak ruang solat dan ruang mandi, mata dan wajah santri bersinar ceria, jernih penuh enthusias seolah menggamit, tidak sabar ingin menyapa. Sekadar melambaikan tangan aku masuk kekamar mandi membersihkan diri dan berwudhuk.
Rombongan Anggota TM ke Pondok Ar Raudhah

Sampai di ruang solat anak-anak telah usai solat, maklum kami lambat terjaga. Mereka meneruskan zikir, tahlil dan tahmid ma’thurat dengan lancar dan hafal. Segan pada diri sendiri yang hanya lancar beberapa ayat, kemudian bergabung dengan mereka mengaminkan doa-doa mereka.

Anak-anak membina bulatan besar. Majlis ta’aruf pagi itu terpaksa diadakan ringkas kerana anak-anak akan ke sekolah (mereka bersekolah 6 hari seminggu). Kami disuruh memperkenalkan diri, berbicara seadanya dan menyampaikan pesan; belajar bersungguh-sungguh, carilah ilmu kerana hanya dengan ilmu manusia beriman, mendorong ikhtiar, membuahkan rezeki. Mencari harta, berinfaq membantu yang dalam kesusahan. Hanya dengan ilmu kita membina kukuh jambatan siratul mustaqim menuju syurga. Akhirnya kami bersalaman, berdakapan, menikmati keindahan mata jernih anak-anak yang 90% adalah anak yatim konflik GAM dan selebihnya nak-anak mangsa tsunami.

Siang itu para ibu-ibu bergegas menyiapkan dan menyusun hadiah dan sumbangan untuk sukaneka dan acara persembahan santri pada malamnya. Bapa-bapa pula sedari subuh menyembelih lembu Aqiqah sumbangan Kak Rasiah untuk dimasak dibelakang rumah. Seusai menyiapkan hadiah kami ke belakang rumah Al Raudhah melihat persiapan mereka masak. Kelihatan luas tanah itu agak besar juga , lebih dari seekar. Di halaman ada pohon-pohon buah menyusun rendang menciptakan redup. Jauh disisi sempadan kelihatan ada bukit memberikan laluan angin sejuk lembut membawa suasana aroma rumput hijau. Dan dibalik bukit itu pula tersimpan sejuta derita luka. Kisah perjuangan panjang anak bangsa merebut tanah pusaka.

Kami diberitahu tanah itu dibeli sepenuhnya oleh seorang individu empunya BIT sebuah perusahaan IT dari Bangi Malaysia. Manakala pengurusan dan operasi dijalankan bersama PKPU (Pos Keadilan Peduli Umat) dari Indonesia dan ISMA dari Malaysia. BIT menyumbang RM10,000 setiap bulan untuk kos penyelenggaraan Al Raudhah, persekolahan santri, membayar gaji pekerja dan belanja makan minum.

“Dia telah membina jembatan kukuh “.
“Jembatan apa ayah”. Sikecil Ahmad menanyakan ayahnya Pak Hanan. “ Nanti ayah ceritakan”, ayahnya berjanji. Namun kemudian, perlahan Pak Hanan mengungkapkan “Jembatan Siratul Mustaqiim”.

Makanan hampir masak. Kami berselera mencicipi masakan enak yang rempah ratusnya dibawa sendiri oleh chef Pak Junet dari Malasyia. Emm.. enak sungguh, maklum lembu baru disembelih. Di Al Raudhah aku seakan segan dijamu air kelapa muda yang di hirup terus dari buahnya…

Usah fikirkan
Segeralah tuangkan
Basahi tekak kita yang kehausan
Basahi jiwa kita yang kekeringan
Ziarah ini begitu mengasyikkan…

Anak-anak santri pulang dari sekolah, berlari ceria menuju hamparan. Sungguh, anak-anak itu adalah anak yang terjaga dan terdidik mulia oleh ustaz dan ustazah mereka. Wajah ceria, mata bercahaya segera bertegur sapa bersalaman dan bermesra. Suasana menjadi riuh dengan canda dan gurau senda. Makanan dijamah berselera. Kari lembu dan sarbat dingin jus mentimun. Nikmat rezeki di tanah Al Raudhah yang berkah ini.

Ba’da zohor, anak-anak sudah siap sedia menaiki lori kecil untuk ke pantai berlibur dan untuk acara sukaneka. Kami pula dengan labi ke bandar Lhoksemawei dulu kerana ingin membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti.

Kemudian sesampainya kami di pantai untuk bergabung dengan mereka, adalah kelihatan satu pemandangan yang menakjubkan. Mata aku tertumpu pada barisan-barisan saf anak-anak santri bersolat ‘Asar di tepi pantai. Manakala 2 -3 orang laskar berdiri tegap mengawasi seolah mengawasi barisan pejuang dimedan perang. Aduhai, kapan lagi akan ku perolehi senario seperti ini…

Pesta sukaneka berjalan lancar penuh ceria gelak ketawa. Apa yang tersanjung dihati ku adalah santri-santri ini akan tetap tegar berbusana lengkap sehingga tiada satu celah pun aurat mereka yang tidak tertutupi. Tidak tampak tanda rimas atau tidak selesa pada wajah mereka. Malah mereka polos, naif tapi cerdik. Hadiah pun disumbangkan pada semua pemenang juga yang tidak menang. Sorak tawa gembira mengumandang, melambung ke angkasa, luruh semula ke bumi, berserakan, menimpa, membekas kedalam lubuk jiwa.

Malam itu, seusai majlis pidato, ucapan, tarian dan persembahan anak-anak santri, mereka diberi pula sumbangan dari TM dan sumbangan ikhlas dari staff TM. Malam ceria perlahan sayu. Rombongan ziarah TM bersiap untuk pulang meninggalkan mereka. Anak-anak santri berwajah sepi, ibu-ibu2, bapa-bapa2 penziarah pula bertambah hiba. Bicara Selamat Tinggal dipersembahkan, do’a dan harapan dibekalkan. Salam bersambut, pelukkan tak terlepaskan, air mata kembali bergenang. Perpisahan menyentuh jiwa.
Selamat Tinggal Al Raudhah,
Selamat Tinggal Lhoksemawe!

Sesampai di Bandar Acheh rombongan bersolat di mesjid karamah, mesjid Baitur Rahman yang gah itu. Bersujud mempersembahkan syukur. Berhenti seketika beramah mesra dengan beberapa jemaah, memperkenalkan diri dan bersilaturahim. Mereka bercerita tentang tanah pusaka mereka yang dilanda bencana. Sesudah gempa itu, mereka dilanda pula ombak hitam. Umpama luka baru disayat diatas luka lama. Allah yang menciptakan segala makhluknya di langit dan di bumi. Dia menciptakan siang malam, gembira nestapa dan Dia memberi, Dia pula akan mengambilnya. Doakan bersama, redhalah akan segala ketentuanNya, sabar atas segala dugaanNya dan syukurlah atas segala nikmatNya…

Sebelum kami dijemput ke rumah Dr Rina Juwita isterinya Pak Hidayat untuk bersarapan kami melihat sekitar mesjid dan bergambar kenangan. Kami dihidangkan nasi goreng berlauk ayam merah dan air teh. Kedua suami isteri adalah aktivsi PKPU, manakala Pak Hidayat masih lagi menghabiskan Mastersnya di UKM. Jasa dan pengorbanan mereka pada anak bumi Acheh tidak terbandingkan.

Dalam penerbangan Air Asia untuk kembali ketanah air tercinta, sepi bergelut didada. Kapan lagi akan bertamu ke bumi tanah rencong itu. Mencermati bait bicara dalam buku “Fathimah Az Zahra, Mohammads beloved daughter and ‘mother’” oleh Muhammad Abduh yang dibeli pada akhir perjalanan di Acheh, air mata ku kembali bergenang.

… dan rindu pun menggumpal teringatkan gemuruh ombak di pantai Lhoksemawei.

Nota: Pak Hidayat dan Mbak Nadira, maafkan jikalau ada fakta yang tidak tepat atau ada keterlanjuran bahasa. Terima Kasih.

Sunday, August 22, 2010

Presentation, Final Exam & Iftar (Fasting Break)

Salam and cheer everybody,

In order to finish our MIS module, we've to submit weekly assignment, present term paper and submit the write up and off course sit in the final exam. Our first class started on 10 July, presentation on 8 August and the final exam on 22 August.
Ibnu Ameen and Azlan steadily focus while my group presenting the paper, Cloud Computing ;-), steady bro!... Mdm Terry still prepare for her turn to present, caught you hehe....
First presenter, Puan Kamariah, intelligent mama (Ex-Celcom staff) presenting the paper enthusiasmly (Overview about cloud computing)..... go go Mama hehe....
Second presenter, Puan Haryani, Vice President from Al-Rajhi Bank shows her talent presenting something different, the infrastructure in cloud computing, she may join IT company after this, who knows? Betul tak Puan Yani?
Our third presenter withdraw 20 minutes from the presentation, Encik Kamarulizam. He is the CEO of his own business and feels that he can't focus to study and business in the same time. It's ok En Zam, we support you decision and pray for your future undertaking.
Unfortunately, there is no photo to show me presenting my part, Typical Data Center Requirement :-(
This snapshot take right after the final exam. Everybody already excited to enjoy the photo session together with Assoc. Prof Azizi. Our beloved friend, Madam Terry in her last word to submit the paper.... Chiayok Madam Terry!!!!
Then, we celebrate our beloved Prof and reward ourself in Hotel Singgahsana for Iftar (Fasting Break). Nice foods and we enjoy the session ;-).
Thank you to all my groupmate and classmates for a very lively class this time.
Thank you to our Assoc. Prof. Azizi Zakaria for the knowledge and guidance that you've grant to us. May Allah bless you....

Saturday, August 7, 2010

Marhaban Ya Ramadhan.....

Advice to Muslims in Ramadhan

From the book "Khulaasatul Kalaam" by Shaykh Jaarullah.
To : Me, Brother Muslim & Sister Muslima:
1. Fast Ramadhan with belief and truly seeking the reward of Allah the Most High so that He may forgive you your past sins.
2. Beware of breaking your fast during the days of Ramadhan without a valid Islamic excuse, for it is from the greatest of sins.
3. Pray Salat ut-Taraweeh and the night prayer during the nights of Ramadhan - especially on Layatul-Qadr - based on belief and truly seeking the reward of Allah, so that Allah may forgive you your past sins.
4. Make sure that your food, your drink and your clothing are from halal means, in order that your actions be accepted, and your supplications answered. Beware of refraining from the halal while fasting and breaking your fast with the haram.
5. Give food to some fasting people to gain a reward similar to theirs.
6. Perform your five prayers on time in congregation to gain the reward and Allah's protection.
7. Give a lot of charity for the best charity is that of Ramadhan.
8. Beware of spending your time without performing righteous deeds, for you will be responsible and reckoned for it and will be rewarded for all you do during your time.
9. Perform `umrah in Ramadhan for `Umrah in Ramadhan is equal to Hajj.
10. Seek help for fasting during the day by eating the sahoor meal in the last part of the night before the appearance of Fajr.
11. Hasten breaking your fast after the sun has truly set in order to gain the love of Allah.
12. Perform ghusl before fajr if you need to purify yourself from the state of major impurity so that you are able to do acts of worship in a state of purity and cleanliness.
13. Cease the opportunity of being in Ramadhan and spend it with the good that has been revealed in it - by reciting the noble Qur'an and pondering and reflection of its meanings so that it be a proof for you with your Lord and an intercessor for you on the Day of Reckoning.
14. Preserve your tongue from lying, cursing, backbiting and slander for it decreases the reward of fasting.
15. Do not let fasting cause you cross your boundaries by getting upset due to the slightest of reasons. Rather, fating should be a cause of peacefulness and tranquility of your soul.
16. Upon completion of fasting, be in a state of taqwa of Allah the Most High, being aware of Allah watching you in secret and in public, in thankfulness for His favors, and steadfastness upon obedience of Allah by doing all what He has ordered and shunning all that He has prohibited.
17. Increase in remembrance of Allah, seeking of forgiveness, asking for Paradise and protection against the Fire, especially when fasting, while breaking the fast and during suhoor, for these actions are among greatest causes of attaining Allah's forgiveness.
18. Increase in supplication for yourself, your parents, your children and Muslims, for Allah has ordered making of supplications and has guaranteed acceptance.
19. Repent to Allah with a sincere repentance in all times by leaving sins, regretting those that you have done before and firmly deciding not to return to them in the future, for Allah accepts repentance of those who repent.
20. Fast six days of Shawwal, for whoever fasts Ramadhan and then follows it with six days of Shawwal, it is as if he fasts all the time.
21. Fast on the Day of `Arafah, the 9th of Dhul Hijjah, to attain success by being forgiven your sins of the last year and the coming year.
22. Fast on the day of `Aashuraa', the 10th of Muharram, along with the 9th, to attain success by being forgiven your sins of the past year.
23. Continue being in a state of iman and taqwa and perform righteous actions after the month of Ramadhan, until you die. "And worship your Lord until there comes to you the certainty (i.e. death)". [Qur'an 15:99]
24. Ensure that you attain the positive effects of your acts of worship such as prayer, fasting, zakat and hajj, sincere repentance and leaving of customs that are in variance with the Sharee`ah.
25. Invoke a lot of salawat and salam upon the Messenger of Allah, may Allah's blessings and peace be upon him, his Companions and all those who follow them until the Day of Judgment.

O Allah make us and all Muslims of those who fast and stand in prayer during the month of Ramadhan based on belief and truly seeking Your reward so that we are forgiven our past and future sins.

O Allah make us of those who fasted the month, attained full reward, witnessed Layatul-Qadr and attained success by permission of the Lord, Blessed and Most High.

O Allah, verily you are Forgiver, like to forgive, so forgive us.

O Lord, accept from us, verily you are the All-Hearing, all-Seeing, O Living, O Independent, O Owner of all majesty and honor.

And may Allah's blessings and peace be upon Muhammad, his family and his Companions.

Wednesday, August 4, 2010

Kenangan Manis

London Tower Bridge
United Kingdom & France (23 Jun 2010 - 1 Julai 2010)

Lahir di kawasan pedalaman Johor, diberi nama Kuala Sedili, tidak pernah terfikir bahawa diri ini boleh mengembara memerhatikan kebesaran Allah di dunia lain terutamanya di sebelah barat. Apa lagi sewaktu kecil, Bahasa Inggeris umpama batu besar yang amat menghalangi kehidupan...
Namun, rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT sesungguhnya memang di luar jangkaan dan batasan manusia. Setelah bekerja selama 12 tahun dan agak yakin dengan kemampuan diri, digagahi juga kaki ini melangkah melihat dunia barat, bukan sekadar melancong tetapi agar minda lebih terbuka dan pengalaman lebih luas.

Dicoretkan serba sedikit pengalaman melawat teman yang sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Phd di sana. Kesempatan yang ada juga diambil untuk melepaskan lelah dan tekanan kerja dengan berhibur seadanya di Disneyland Paris....
Ladang Strawberry di Glasgow Scotland, manis.... alhamdulilah
Pemandangan indah di taman Ediburgh, dibelakangnya Edinburgh Castle
Rakan-rakan yang meraikan, terima kasih byk2 diucapkan. Yusrita sekeluarga, Dr Ariffin dan Bro Zakri,hanya Allah mampu membalas jasa-jasa kalian..
Setelah berada 4 hari 3 malam di London, Glasgow & Edinburgh, perjalanan diteruskan ke Paris
Menonton, mencuba dan menghayati beberapa permainan di dalam Disneyland Park.... terasa kembali ke zaman kanak-kanak semula hehe...

Space motion.... agak mencabar, tengok muka saya tu hehe...












Friday, July 23, 2010

Kata Kata Hikmah

Sempena Ramadhan yang akan menjelma dalam masa dua (2) minggu lagi, disertakan kata-kata daripada Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa, seorang Profesor Syariah di Universiti Islam Malaysia(UIAM)

"Jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu"

Wednesday, July 21, 2010

My Awards and Achievement

1. Tilawah Al-Quran TM kali 33 (2009)


Dengan ihsan daripada Allah SWT, saya terpilih sebagai johan Tilawah Al-Quran TM kali ke 33 di Melaka. Rezeki ini amat saya syukuri kerana hadiahnya berupa ibadah mengerjakan Umrah. Dengan Izin-Nya saya dapat mengerjakan umrah 10 hari terakhir Ramadhan di Haramain, Mekah dan Madinah.




2. Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51 (2008)


Pada sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 51 ini, aku telah terpilih menjadi sekretariat bagi menguruskan seramai 300 orang peserta sambutan. Telekom Malaysia (TM) mengetuai empat(4) buah Syarikat iaitu Sime Darby, Perodua, IOI (Industri Hotel) dan Scali (Industri ICT). Latihan bersama diadakan sebanyak 10 kali dan latihan raptai dibuat sebanyak empat(4) kali. Kontinjen kami telah menjuarai sambutan ini. Ia merupakan kejayaan yang sangat membanggakan kerana lebih daripada 100 buah kontinjen telah bertanding dan alhamdulilah, kami memenanginya.


Tuesday, July 20, 2010

Haji 1430Hijrah



Tak pernah tersangka pada tanggal 30 Oktober 2009, panggilan daripada Tabung Haji Kota Tinggi " Assalamualaikum, saya pegawai Tabung Haji Kota Tinggi, Encik Syuhaili terpilih dalam kuota untuk mengerjakan haji tahun ini, Encik nak pergi?". Setelah sekian lama mengharap, impian dan doa telah didengari Yang Maha Esa, saya terus menjawab " Saya nak pergi Encik". Tarikh diberikan 20 November 2009, ada masa 19 hari untuk bersiap-sedia. Masa yang rasional dan segala persiapan disediakan. Berikut serba sedikit kisah dan gambar yang boleh dikongsi bersama.

20 Nov 2009 (Jumaat)
Bertolak dari KLIA jam 11.15 am tiba di Jeddah International Airport jam 3pm kemudian bertolak ke Mekah jam 9 pm (menunggu bas lebih kurang 6 jam)

21 Nov 2009 (Sabtu)
Sampai di Hotel Sevilla jam 1 pagi· Tawaf Qudum dan Saie Haji (Ifrad) ·

Berjumpa rakan seperjuangan Shahir & Cikgu Hashim di Bab An-Nadwah.

Jalan-jalan & breakfast kat misfalah , pekena nasi beriani Pakistan.

22 - 24 Nov 2009 (Ahad -Selasa)
Menjalankan ibadah rutin sebelum melaksanakan rukun dan wajib haji pada 8 Zulhijjah · Bersama-sama rakan : Shahir, Cikgu Hashim, Ust kasim, Cikgu Sahlan & Ust Khalid

8 Zulhijjah - 25 Nov 2009 (Rabu) - Perjalanan ke Mina, Muzdalifah & Arafah
6.30 am Sarapan di D’Saji

7.30 am Balik dan berkemas di bilik

8.00 am Bertolak memulakan perjalanan

8.30 am Dapat van (shahir dok kt atas van SR10, kt dlm van SR30)

9.00 am Sampai di sempadan Mina (destinasi terakhir kenderaan boleh lalu), turun dan mulakan jalan kaki utk jarak +- 6 km

10.00 -11.00 am Sampai di Mina. Survey kawasan khemah, tak jumpa terus ke Masjid Mina
12.00 tgh Cikgu Hashim dapat solat jamak takdim zohor, asar di Masjid Mina. Kami tak dapat solat sebab Masjid Mina penuh.

1.00 – 2.00 pm Meredah hujan paling lebat turun dlm tempoh 5 tahun utk cari khemah dgn bantuan Shahir

2.30 pm Hampir 1 jam baru dpt jumpa Khemah 74 n rehat di situ. Bila masuk khemah, guard tnya 2.3 kali sebab ingat saya 'Made in China" ;-)….

Berkenalan dgn keluarga Abg Fadzli, rakyat M’sia yg kerja di Riyadh (anak sulung Amirul Hafiz n isteri Kak Husna – bekas anggtoa TM) Juga Pak Cik Tan dari Padang Besar yg mufarokah dr Muasasah T.Haji.

Solat maghrib di Maktab 100 dan cuba beli nasi tapi gagal sebab berebut mcm nak kucup hajar aswad. Beli pisang, roti, biskut

Sampai Maktab 74, ada jugak rezeki nasi yg dibeli oleh Abg Fadzli, apa lagi join le mkn nasi. Menu ditambah dgn maggi, serunding n kurma

9.30 mlm Lepas solat qasar Isyak, semua org dah keletihan n tidur

9 Zulhijjah 26 Nov 2009 (Khamis) - Menuju Arafah

4.00 am Bersiap

5.00 am Solat Subuh dan sarapan seadanya baki makanan mlm (maggi, kurma, roti)

7.00 am Keluar dari Maktab 74 utk berjalan kaki menuju Arafah bersama keluarga Abg Fadzli, Pak Cik Tan keluar dulu bersama isterinya Berjuta-juta manusia turut sama ke Arafah bagi menghayati sunnah Rasullulah (juga ada yg naik kenderaan).

Paling terharu bila tengok anak2 yg menolak kerusi roda ayah/ibu mereka menghala ke Arafah Berhenti rehat dan berkelah beberapa kali minum teh, makan limau, epal, pear, coklat etc (perjalanan +- 11km)

11.00 am Sampai di sempadan Arafah Masjid Namerah tp tak boleh masuk… sesak

Keluar semula ke depan sikit dr Masjid Namerah n lepak di situ makan tengahari (nasi lauk kari kambing n nasi mandi nyam….nyam….sedap)

(Bhg imam masjid Namerah terletak di luar Arafah)

Abg Fadzli kehilangan kameranya sewaktu membantu insan2 lain isi air

Khutbah Arafah dari jam 12.08 - +- 2.00 petang di Masjid Namerah

2.00 ptg Solat zohor n asar jamak takdim diimamkan oleh ust kassim

Berjalan kaki menuju ke kawasan Maktab perkhemahan di Arafah

2.30 pm Masuk ke Arafah dan cari tempat utk zikir,doa n solat, dpt tempat di tepi bas

4.00 pm Cuba ke Jabal Rahmah tapi Cikgu Hashim je berjaya. Kami gagal dan berundur kembali ke tempat bas tadi. Hp Ust Kasim terjatuh dlm kesesakan itu. Pemandu bas pelawa naik bas dia dgn bayaran SR 30 tp dok dibhg atas

6.00 pm Naik bas lepas waktu maghrib menuju Muzdalifah

8.00 pm Smp di Muzdalifah cari tempat utk rehat, solat, mengutip batu n mabit

Mencari tandas yg agak jauh n mencabar, Saya tercicir tali pinggang dlm tandas yang ada SR500….. dugaan… Beli makan malam dgn Mak Itam…(warga Afrika), kentang goreng, daging goreng, roti, semua tak selera dah sebab letih bjln kaki n sehari suntuk.

Solat jamak takhir maghrib n isyak.

Mengutip anak2 batu sebesar kacang kuda…. (70 biji + tambahan 10-15 biji)

11 mlm Tidur

10 Zulhijjah 27 Nov 2009 (Jumaat) Hari Raya Aidil Adha

4 am Bersiap-siap dan sambung mengutip batu lagi bagi yang x cukup. Batu cikgu Hashim diambil orang… Saya dan Shahir tolong carikan batu lagi sekali… Solat subuh sarapan seadanya baki makan mlm td….

7.00 am Tunggu waktu dhuha masuk baru mulakan jalan kaki ke Mina utk melontar (pjlnan +-3km)

8.00 pagi Lalu perkhemahan warga Afrika

8.30 pagi Sampai di Mina terus ke Maktab 100 (saya singgah khemah 74 hantar barang)

9.30 pagi Melontar jamrah aqabah, masa on d way agak sesak tp kat masa kat jamrah, alhamdulilah, selesa dan tak sesak utk menyelesaikan 7 kali lontaran di tkt 2

10.30 am Selesai melontar, cari kenderaan utk ke Mekah(SR50), jln jem jam 1.30 ptg baru sampai. Cari nasi, sekali lagi berebut nak dptkan nasi dgn pak2 arab n Pakistan… happening sungguh…. Lunch… Lepas solat jamak takhir zohor n asar, hantar baju ke dobi dan teman ustaz kasim g beli hp baru di Hilton. Beli vit. C, cikgu hashim demam Perancangan utk tawaf haji ditangguhkan.

8.00 mlm Lepas solat maghrib n isyak jamak takdim di Masj. Haram, balik ke bilik n bertolak semula naik van (SR30) ke Mina utk Mabit

9.30 mlm Sampai di Mina, minum the n makan biskut jap kat Pekan Mina then terus balik Maktab 100 jln kaki…

12 tgh mlm Tidur

11 Zulhijjah 28 Nov 2009 (Sabtu - Hari Tasyrik 1)

Solat subuh diimamkan oleh Syeikh Abd Rahman dari Mesir yg pernah jadi imam di masjid terapung Terengganu.

Masa sarapan kat tepi pagar khemah, jemaah Filipina ajak bergambar , glamer rasanye…hehe… Dlm Maktab ada 10 jemaah Indonesia daripada PT Pos yang bertugas (antaranya Pak Mutabi) dan jemaah China

Solat jamak qasar zohor n asar

Melontar 3 jamrah di tkt 3

12 Zulhijjah 29 Nov 2009 (Ahad - Hari Tasyrik 2)

Solat jamak qasar zohor n asar. Lepas zohor melontar 3 jamrah di tkt 5, Jemaah Indonesia dan China pulang buat nafar awal

13 Zulhijjah 30 Nov 2009 (Isnin - Hari Tasyrik 3)
Solat Subuh Bertemu dan berbual dgn Ustaz Abdul Rahman pelajar Kemboja di Universiti Riyadh yg membawa jemaah haji Kemboja

Solat jamak qasar zohor n asar Melontar 3 jamrah

2.00 ptg Pulang ke Mekah Jalan jem 5.30 ptg

Sampai Mekah Solat Maghrib di Surau di tepi bilik

Tawaf Haji, alhamdulilah selesai rukun2 haji

1 Disember 2009 (Selasa)

Buat Umrah Haji, miqat di Tan’iem

Makan malam lauk Melayu di rumah Ustaz Mukhlis (kawan ust. Khalid)

2 - 10 Disember 2009

Menjalankan ibadah umrah dan ibadah rutin sebelum menziarahi Rasullullah

11 Disember 2009

Perjalanan ke Madinah menziarahi Rasulullah SAW yang tercinta

12 - 19 Disember 2009

Ziarah tempat2 bersejarah di Madinah spt Masjid Quba, Qiblatain, Masjid 7, Jabal Uhud, Perquburan Syahid Uhud

20 Disember 2009

Ke Jeddah dan pulang ke tanahair


======================================================================
Pemandangan di hadapan Masjid Nabawi, Madinah












Aktiviti Cuti 17-18 July 2010

tunjuk terror
Assalamualaikum...


Sedikit diari untuk dikongsi bersama cuti dua hari barui-baru ni. Pertama kali mengemaskini blog :-). 17 Julai 2010 Selepas menyiapkan assignment 1, subjek MIS untuk topik 'Introduction', bergegas menghadiri jemputan makan durian bersama adik-adik yang disayangi iaitu Lis dan Wan. Jemputan datang daripada rakan sepejabat untuk makan durian di Kampung beliau di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Encik Zulfizal, terima kasih kerana menjemput. Durian kampung yang dihidangkan memang sedap, pohonnya berusia 100 tahun lebih....




Alhamdulilah, makan tengahari dihidangkan dengan masakan tradisi Negeri Sembilan, sambal tempoyak daun kayu dan terung goreng. Walaupun ibu bapa Encik Zulfizal dah berusia 90 dan 70 tahun, mereka berdua masih dikategorikan sihat. Cuma sakit kaki dan lutut, malah masih boleh menunggang motorsikal, nikmat kurniaan Allah kepada mereka... ;-).





Kebetulan pula, pada hari yang sama ada Sukan Persukuan Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti. Kami singgah menyaksikan keindahan senibina minangkabau dan persembahan dari Luak-Luak yang ada di Negeri Sembilan seperti Luak Gunung Pasir, Luak Ulu Muar dan lain-lain yang ada sembilan (9) semuanya. Ada kelainan dan keunikan tersendiri dengan adat minangkabau yang bersendikan agama ini.




18 Julai 2010 Menghadiri jemputan perkahwinan anak saudara. Alhamdulilah, jodoh beliau lebih awal daripada bapa saudaranya. Kami beramai-ramai ke Kampung Ujung Pandang, Kuala Selangor. Kuala Selangor terkenal dengan hasil lautnya. Tiada hidangan nasi minyak tapi nasi putih dan masakan laut. Istimewanya, hidangan pengantin ada menu remis masak kari dan sambal kerang. Ini kali pertama saya merasai masakan untuk remis. Semoga Marinie dan Rashidi berbahagia hingga ke alam akhirat bersama.