Pada kali ini, saya nak berkongsi tentang lagu-lagu yang ada untuk mencantikkan bacaan Al-Quran iaitu:
1. Lagu Bayati
1.1 Bayati Husaini
1.2 Bayati Kurdi
1.3 Bayati Iraqi
2. Lagu Hijaz
3. Lagu Nahawand
4. Lagu Soba
5. Lagu Rast
6. Lagu Jiharkah
7. Lagu Sikah
Sejak tahun 2008, saya mempelajari seni bacaan Al-Quran ini semula secara intensif. Pada waktu kanak-kanak dan remaja, pernah juga mempelajari seni ini tapi kemudian berhenti agak lama kerana kesibukan dan tak pandai mengurus masa kut.....
Buat masa ini saya belum mahir, masih amatur, pernah belajar setiap lagu tapi belum boleh mengaplikasikannya lagi :-(
Disertakan gambar-gambar Kelas Tarannum bersama muallim kami, Ustaz Fajuri Mamat. Beliau merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan berpengalaman luas dalam bidang tarannum Al-Quran. Beliau merupakan anggota Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Unit Kebajikan dan Agama.
Kelas ini adalah anjuran Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Kuala Lumpur (BAKIT KL) dan saya sebagai koordinatornya (merangkap Ketua Kelas hehe...)
Ustaz Fajuri
Bagi menceriakan kelas, diadakan Perujian dan Peperiksaan (Imtihan) untuk pelajar-pelajar.

Setiap peserta diberikan 'Negara' untuk diwakili. Nampaknya pada perujian kali pertama ini, Qari dan Qariah Malaysia telah memenangi setiap kategori.
Diharap semua pelajar yang mengikuti kelas Taranum ini terus bersemangat mengikutinya bagi tujuan mengimarahkan semangat Al-Quran. Sebagai koordinator kelas, saya turut berbangga dengan peningkatan setiap pelajar.
selamat ber puasa
ReplyDeleteTerima kasih dan Selamat Berpuasa juga dan selamat berkenalan juga, Ijad yang mana ni eh...
ReplyDeleteBagus tu... lepas tamat bab taranum timba pulak ilmu bab qiraat sab'ah. mantop!!!
ReplyDeleteSalam tuan haji..wah dah ada blog sendiri ye.. :-)
ReplyDeleteSemoga Tarannum anta bertambah Mantop!!! Ana tak berkesempatan untuk pergi ke kelas di Menara..Terpaksa belajar melalui YouTube je...Kalau ada kelas waktu malam..bagitahulah ana sekali...
ReplyDeletesalam abang syuhaili...
ReplyDeletesalam kenal... yg baju merah , kupiah putih tu macam kenal jer , siapa yer ????? ngeeeee
Orgnya tentulah Pak Menakan Hanan hehe... juara dari Malaysia utk kelas tarannum kami
ReplyDelete