Friday, September 3, 2010

My Interest

Bidang yang dicintai (Tarannum Al-Quran)
Pada kali ini, saya nak berkongsi tentang lagu-lagu yang ada untuk mencantikkan bacaan Al-Quran iaitu:
1. Lagu Bayati
1.1 Bayati Husaini
1.2 Bayati Kurdi
1.3 Bayati Iraqi
2. Lagu Hijaz
3. Lagu Nahawand
4. Lagu Soba
5. Lagu Rast
6. Lagu Jiharkah
7. Lagu Sikah
Sejak tahun 2008, saya mempelajari seni bacaan Al-Quran ini semula secara intensif. Pada waktu kanak-kanak dan remaja, pernah juga mempelajari seni ini tapi kemudian berhenti agak lama kerana kesibukan dan tak pandai mengurus masa kut.....
Buat masa ini saya belum mahir, masih amatur, pernah belajar setiap lagu tapi belum boleh mengaplikasikannya lagi :-(

Disertakan gambar-gambar Kelas Tarannum bersama muallim kami, Ustaz Fajuri Mamat. Beliau merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan berpengalaman luas dalam bidang tarannum Al-Quran. Beliau merupakan anggota Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Unit Kebajikan dan Agama.
Kelas ini adalah anjuran Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Kuala Lumpur (BAKIT KL) dan saya sebagai koordinatornya (merangkap Ketua Kelas hehe...)
Ustaz Fajuri
Pelajar Muslimah

Pelajar Muslimin


Bagi menceriakan kelas, diadakan Perujian dan Peperiksaan (Imtihan) untuk pelajar-pelajar.



Setiap peserta diberikan 'Negara' untuk diwakili. Nampaknya pada perujian kali pertama ini, Qari dan Qariah Malaysia telah memenangi setiap kategori.

Diharap semua pelajar yang mengikuti kelas Taranum ini terus bersemangat mengikutinya bagi tujuan mengimarahkan semangat Al-Quran. Sebagai koordinator kelas, saya turut berbangga dengan peningkatan setiap pelajar.