London Tower Bridge
Ladang Strawberry di Glasgow Scotland, manis.... alhamdulilah
United Kingdom & France (23 Jun 2010 - 1 Julai 2010)
Lahir di kawasan pedalaman Johor, diberi nama Kuala Sedili, tidak pernah terfikir bahawa diri ini boleh mengembara memerhatikan kebesaran Allah di dunia lain terutamanya di sebelah barat. Apa lagi sewaktu kecil, Bahasa Inggeris umpama batu besar yang amat menghalangi kehidupan...
Namun, rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT sesungguhnya memang di luar jangkaan dan batasan manusia. Setelah bekerja selama 12 tahun dan agak yakin dengan kemampuan diri, digagahi juga kaki ini melangkah melihat dunia barat, bukan sekadar melancong tetapi agar minda lebih terbuka dan pengalaman lebih luas.
Dicoretkan serba sedikit pengalaman melawat teman yang sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Phd di sana. Kesempatan yang ada juga diambil untuk melepaskan lelah dan tekanan kerja dengan berhibur seadanya di Disneyland Paris....
Setelah berada 4 hari 3 malam di London, Glasgow & Edinburgh, perjalanan diteruskan ke Paris
Pi sorang?
ReplyDeleterafidi
Assalamualaikum cikli
ReplyDelete